Monday, March 29, 2010

AKRAB PERSAHABATAN

Hayatilah lirik lagu ni...

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua




Read more

Sunday, March 28, 2010

Apa Erti Sahabat?


Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?



Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. Yang boleh saya panggil sahabat bagi saya ialah seorang yang memahami diri kita tak kira sama ada dalam susah ataupun senang. Tak susah bagi saya nak dapat sahabat yang baik, yang betul2 ikhlas kawan dengan kita, syaratnya kita sendiri mestilah jujur dan ikhlas berkawan dengan sahabat kita tu. Barulah hubungan persahabatan kita akan kekal dan tak ada masalah...betul x?? macam sayalah, ada seorang sahabat ni, yang dah lama saya kenal, kami dah kawan 10 tahun,,lama kan?? nak tahu apa rahsia kami?? kena ikhlas dan jujurlah dalam persahabatan 2, insaALLAH akan kekal macam kami ni.


Dalam dunia ni, ada jugak yang xbest dalam persahabatan. Yang xbest 2 ialah bila ada kawan makan kawan..sedih kan?? Nak tau apa ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN? Ni dia:
Align Center


Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri.


Kalau ada kawan2 yang macam ni, kita doakan saja mereka ni diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata kita. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita.



Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.



Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa?. Apa lagi yang boleh kita buat dengan kawan yang macam ni?


Berhati-hati lah dalam berkawan.
Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!

Apa-apa pun SAYANGILAH SAHABAT ANDA!!!
Read more

Wednesday, March 24, 2010


APA ITU SABAR SEBENARNYA??


Kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahwat

Sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.


Berbalik kepada bahagian-bahagian kesabaran tadi, cuba kita lihat satu persatu. Kesabaran dalam melakukan ketaatan boleh kita lihat dalam mendidik jiwa untuk rajin dan tabah mengerjakan amal ibadat. Solat yang fardhu dan sunnah, sedekah yang fardhu dan sunnah, begitu juga puasa, haji, wirid harian, dan lain-lain amalan ketaatan kepada Allah baik yang khas mahupun yang am, memerlukan kesabaran dalam diri untuk melakukannya.

Betapa indahnya jika kita dapat merasai kemanisan begitu. Namun syaratnya seperti yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-Haddad adalah melazimi kesabaran. Pertamanya, sabar dalam istiqamah melakukan perkara yang wajib. Kemudian istiqamah dalam meningkatkan pula kualiti amalan kita itu dari sudut khusyuk dan sempurnanya. Seiringan itu kesabaran dalam beristiqamah melakukan perkara-perkara yang sunnah.

Bukankah di dalam hadis qudsi ada disebutkan bahawa tidak mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunnah, melainkan Allah akan menjadi Penunjuk kepada setiap langkah, perbuatan, pendegaran, penglihatan dan percakapannya. Apabila telah dekat diri kita dengan Allah, maka tentu sekali segala amalan tersebut menjadi kemanisan buat kita.



Cuba kita lihat, apa jua yang ingin kita lakukan pada mulanya menuntut kesabaran. Masa kita kecil, ketika mula-mula belajar makan, betapa sukar untuk memasukkan makanan ke dalam mulut. Selalu saja terbabas dari destinasi. Kadang terbabas ke dagu, kadang terbabas ke pipi, kadang ke hidung dan kadang sampai ke telinga. Namun berkat kesabaranlah kita semua mampu untuk makan dengan sempurna hari ini.

Begitu jua dengan amalan kita. Ambil contoh bacaan wirid selepas solat, ma'tsurat atau ratib-ratib yang ada. Kita perlukan kesabaran untuk terus membacanya dengan istiqamah. Berkat kesabaran kita, insyaAllah satu hari tanpa kita membacanya kita akan rasa kekosongan dan tidak sempurna hidup. Itu merupakan satu tanda kita telah mula menikmati kelazatan ibadat tersebut.
Read more

Saturday, March 20, 2010

.......PeTuA KeJaYaAn DaLaM HiDuP......


Apa Kesempatan Di Sebalik Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah irama yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai kejayaan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Kejayaan Adalah Buah Kesabaran

Apabila anda terpesona pada keselesaan yang diberikan oleh kejayaan, anda mungkin lupa untuk terus berusaha. Namun, bila anda terkagum pada ketegaran seseorang dalam berusaha, anda akan mendapat tenaga kekuatan, keberanian dan kesabaran. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai sebuah kejayaan. Tak ada harga diskaun untuk sebuah kejayaan. Anda perlu berusaha dan terus berusaha. Pohon besar mampu menahan terjangan badai kerana memiliki batang dan akar yang kukuh. Belasan tahun diperlukan untuk menumbuhkanya dan melatih kekuatannya. Bulan demi bulan hujan menguatkan jaringan pokoknya. Tahun demi tahun, pohon-pohon besar lain melindunginya dari terpaan hujan. Tidak ada hitungan malam untuk memacakkan sebatang pokok yang tegar. Tak ada hitungan siang untuk menumbuhkan akar yang kekar mencengkeram bumi. Hanya dengan kesabaranlah anda dapat meraih kejayaan. Tumbuhkan kesabaran bukan sekadar inginkan kejayaan sekelip mata.


Di Sebalik Satu Kegagalan

Bila anda mencari alasan untuk satu kegagalan, anda pasti menemui banyak alasan dengan mudah. Namun, alasan tetaplah alasan. Ia takkan mengubah kegagalan menjadi satu kejayaan. Kerapkali, alasan serupa dengan pengingkaran. Semakin banyak alasan timbul, semakin besar pengingkaran pada diri kita sendiri. Ini sebenarnya menjauhkan anda dari kejayaan, sekaligus melemahkan kekuatan diri sendiri. Berhentilah mencari suatu alasan untuk menutupi satu kegagalan. Mulalah bertindak untuk meraih kejayaan. Belajarlah dari pelombong yang tekun mencari emas. Ditimbanya berliter-liter tanah keruh dari sungai. Disaringnya lumpur dari pasir. Ia sisir pasir dari logam. Tak jemu ia lakukan hingga tampaklah butiran emas berkilauan. Begitulah semestinya anda memperlakukan kegagalan. Kegagalan itu seperti pasir keruh yang menyembunyikan emas. Bila anda terus berusaha, tekun mencari kebaikan di celah-celah kerumitan, serta berani menyingkirkan alasan-alasan, maka anda akan menemukan cahaya kesempatan. Hanya mencari alasan, sama saja dengan membuang pasir dan semua emas yang ada di dalamnya.
Read more

Friday, March 19, 2010

...contoh2 gambar kanak-kanak kena dera...




Read more

....Kenapa perlu dera kanak-kanak?....



Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang sentiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu?? Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih lain. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita. Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.
Read more

PERMATA INSAN




Minggu lepas, 12Mac 2010, Datin Rosmah datang ke USIM untuk lancarkan program Permata Insan. program ni kesinambungan drpd program Permata Pintar yang telah dilancarkan oleh UKM. Tujuan dia ialah untuk mencari pelajar pintar seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara menyeluruh ke tahap yang optimum. Program ini merupakan kerjasama di antara USIM dengan JAKIM dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini melibatkan kanak-kanak yang berusia lapan tahun hingga 18 tahun. InsyaAllah melalui program ni kita dapat melahirkan ilmuan Islam di masa hadapan...
Read more